Umum mengetahui bahawa Maisto amat terkenal dengan model kereta diecast 1:24 dan 1:18 serta model motosikal diawal-awal tahun kemunculanya. Kendatipun, Maisto juga pernah mengeluarkan produk diecast basikal dalam skala 1:12. Sekitar tahun 2000 ke tahun 2005, mainan seperti YOYO dan skateboard serta basikal jari menjadi trend kegilaan budak-budak remaja pada waktu itu.
![]() |
Basikal Jari |
Maisto juga rasanya tidak mahu ketinggalan dalam peredaran trend semasa ini dan mereka juga mengeluarkan model-model basikal yang agak moden. Namun pengeluar diecast ini sudah semestinya tak mau bersaing dengan pengeluar mainan jari, mereka menumpukan detail dan kehalusan kerja tangan pada diecast ini sehingga menjadikannya real seperti basikal sebenar, Ya anda boleh mengayuh pedal basikal ini dan ianya akan mengerakkan tayar belakang.
Saya mula perasan tentang keberadaan diecast le tour de maisto ini apabila ianya diperagakan diatas rak-rak jualan Parkson Labuan. Dahulunya mainan seperti Maisto, Bburago, Lego dan banyak lagi ada terjual di Parkson, dan memang mainan-mainan di kedai ini amat berkualiti tinggi. Seingat saya, mereka juga bertanggungjawab membawa masuk mini 4WD jenama Auldey (Alternatif kepada TAMIYA). Itu semua cerita lama sudah kira-kira 12 tahun yang lampau.
No comments:
Post a Comment