Tuesday, 24 November 2015

Le Tour de Maisto scale bicycle diecast 1:12



Umum mengetahui bahawa Maisto amat terkenal dengan model kereta diecast 1:24 dan 1:18 serta model motosikal diawal-awal tahun kemunculanya. Kendatipun, Maisto juga pernah mengeluarkan produk diecast basikal dalam skala 1:12. Sekitar tahun 2000 ke tahun 2005, mainan seperti YOYO dan skateboard serta basikal jari menjadi trend kegilaan budak-budak remaja pada waktu itu. 


Basikal Jari


Maisto juga rasanya tidak mahu ketinggalan dalam peredaran trend semasa ini dan mereka juga mengeluarkan model-model basikal yang agak moden. Namun pengeluar diecast ini sudah semestinya tak mau bersaing dengan pengeluar mainan jari, mereka menumpukan detail dan kehalusan kerja tangan pada diecast ini sehingga menjadikannya real seperti basikal sebenar, Ya anda boleh mengayuh pedal basikal ini dan ianya akan mengerakkan tayar belakang. 



Saya mula perasan tentang keberadaan diecast le tour de maisto ini apabila ianya diperagakan diatas rak-rak jualan Parkson Labuan. Dahulunya mainan seperti Maisto, Bburago, Lego dan banyak lagi ada terjual di Parkson, dan memang mainan-mainan di kedai ini amat berkualiti tinggi. Seingat saya, mereka juga bertanggungjawab membawa masuk mini 4WD jenama Auldey (Alternatif kepada TAMIYA). Itu semua cerita lama sudah kira-kira 12 tahun yang lampau. 

Oleh yang demikian, mari kita perhatikan koleksi le tour de maisto saya sedikit ini sahaja. 




















Sunday, 15 November 2015

NewRay BTTF Part 1 Delorean Time Machine

BTTF Part 1

Whoa...
Kereta Delorean ini sudah nampak cukup ikonik, apatah lagi bila ianya disamakan lagi dengan filem ikonik Back To The Future. Sangat mengkagumkan. NewRay pada kali ini tampil dengan menawarkan 3 koleksi kereta Delorean Time Machine dalam 3 jenis yang di pecahkan mengikut judul filem BTTF Part 1,2 dan terakhir sekali iaitu Part 3. 


Contoh packaging kereta dibundle kan sekali



NewRay bukanlah sebuah manufacture kereta diecast berkualiti permium namun untuk mengimbangi bajet poket anda yang inginkan juga Diecast BTTF ini, ianya amat sesuai kerana saya meneliti, diecast Delorean time machine ini semuanya dibuat oleh pengeluar ekslusif, tak terkecuali iaitu Hotwheels dalam segment Hotwheels elite. Harganya pula melepasi RM 100 keatas. Tapi dengan diecast NewRay ini setidak-tidaknya memberikan anda satu peluang yang ekslusif untuk memiliki kereta ikonik tersebut.

Pandangan belakang kotak BTTF Part 1

Casting NewRay
1. Detailed pada tahap 50% sahaja,
2. Kemasan cat mengikut warna kereta sebenar, berkilat seperti alumunium.
3. Detail dalaman agak Oklah.
4. Aksessori berupa penjolok kilat disertakan bersama koleksi Part 1 ini (Dalam filem BTTF part 1, Doc Emmet, Brown telah mengubahsuai kereta Delorean bagi mendapatkan tenaga kilat untuk menjana 1.2 Jigowatts) 
5. Tayar getah.
6. Lampu depan dikemaskan oleh plastik dan bukanya di cat.
7. Flux Capasitor tidak diserlahkan dalam casting ini. 
8. base plastik bukannya besi. 
9. terasa ringan dan feels cheap (memanglah dengan harganya hanya RM89.00) 








Oleh yang demikian, jika anda mahu menggumpul kereta Deloran walaupun bajet anda kekurangan sedikit, saya syorkan anda membeli koleksi daripada NewRay, tapi jikalau anda mahukan kesempurnaan maksimal, pilihlah diecast atau pengeluar yang lebih premium. 

Contoh diecast premium bersama dioramanya sekali


Tuesday, 10 November 2015

Packaging asal Hotwheels, Kekalkan atau buka?


Bagaimana trend ini bermula?

Pada kebiasaanya, menurut Wikia.com nilai sesebuah diecast tersebut ditentukan pada kereta itu dan bukannya pada pakej kad. Namun sejak kebelakangan ini trend menggumpul kereta HW yang tidak dikeluarkan daripada pembungkus kad asalnya semakin menjadi ikutan ramai.


Rekabentuk design dan gambar yang terdapat pada kad-kad pembungkus HW sebelum tahun 2008 semuanya dalam bentuk generik pada  line-up Mainline tidak kiralah dalam sub-line HW “First Edition” atau HW “track stars” mendorong para collector membuang kad-kad pembungkus ini ke tong sampah

Hanya serious collector yang mahu menjadikan kad-kad HW ini sebagai memoribila atau dijual kelak apabila ianya menjadi rare cenderung untuk mengekalkan kereta dalam pembungkus asalnya. Walhal pada collector umum, mereka tidak ambil kisah pun tentang pembungkus asal kereta tersebut kerana bagi mereka, sebelum kemunculan kad-kad Mainline yang lebih spesifik pada kereta disertakan bersama bermula tahun 2008, pembungkus generik itu tidak mempunyai signifikasi penting buat mereka.

2008, bemula kekompleksitian terhadap Hot Wheels Mainline

Seperti mana yang saya jelaskan tadi, sebelum tahun 2008, diecast HW hanya terbahagi kepada beberapa line-up dan sub-line (segmen) kecil yang semuanya mempunyai rekabentuk pembungkusan yang generik (kecuali Treasure Hunt model) yang mana blister packnya di tutup dengan plastic warna hitam. Mengambil contoh  dalam Line-up tahun 2003 yang mana rekabentuk pembungkusan kad dalam Line-up “First Edition” dan Sub-line segment “Flamin Hot Wheels” memaparkan rekabentuk bungkusan kad yang hampir sama, Cuma turutan penombornan model sahaja berbeza.


Perhatikan design kad yang sama dalam line-up 2003 (First Edition)

Dalam tahun 2008, HW menampilkan rekabentuk kad yang bersifat spesifik pada model yang terdapat dalam kad tersebut mengundang satu niche baru kepada para collector untuk sekali menggumpul kereta dalam kad asalnya. Mulanya ianya tidaklah menjadi trend pada khalayak collector. Trend ini dimulakan oleh para collector dari Amerika Syarikat yang pada asasnya ingin menjual kereta itu kembali pada harga yang tinggi di laman-laman jualan online seperti Craiglist dan E-Bay.


Design Kad yang dipaparkan sama dengan kandungan model


Sungguhpun begitu, trend collector pada amnya masih sama iaitu akan membuka bungkusan dan memaparkan ia di rak peragaan.

Perubahan arus trend semasa

Saya tegaskan, menyimpan kereta dalam pembungkus asalnya adalah satu trend dan bukkanya prinsip yang dipegang oleh para collector diecast merentas jenama, kerana apa yang perlu anda ketahui tentang collectibles itu ialah bermain dan memperagakannya di rak-rak peragaan untuk tujuan simpanan memoribila kelak (Dinky Toys, 1953). Namun apa yang menjadi trend sekarang iaitu para collector juga terpengaruh dengan trend menyimpan kereta dalam pembungkusan asal juga mula diterima oleh kebanyakkan collector dan menjadikannya ianya sebagai satu generalisasi apabila menggumpul kereta-kereta edisi terbaharu.

Wttfor dan Race Grovers (Youtubers) telah menyatakan bahawa mereka juga menggekalkan kereta dalam pembungkus asalnya jika sesebuah model itu mempunyai varian-varian warna atau tampo yang berbeza, juga mereka akan membeli beberapa buah model kereta yang sama untuk satu dibuka kotak dan satu lagi dikekalkan dalam pembungkus asalnya. Menjelang tahun 2011, situasi seperti ini sudah menjadi kebiasaan untuk para collector.   


Contoh Varian model sama tapi warna berlainan



Model yang sama namun warna dan tampo berbeza (perhatikan anak panah)

Youtube pula berfungsi sebagai agen pendorong untuk niche ini bersemarak dalam para collector dimana lazimya video-video review oleh beberapa penggumpul utama dalam channel Youtube tidak akan membuka kotak atau pembungkusan untuk tontonan para subscriber, ini juga merupakan peluang untuk para subscriber melihat dan membezakan variasi rekabentuk kad-kad yang terjual di negara-negara lain.

Kadang kala, mengekalkan kereta dalam pembungkus asalnya juga memudahkan untuk simpanan kerana lazimnya kereta itu hanya digantung bersama pembungkusnya di pegs’ dan tidak memerlukan rak-rak atau kontena plastic yang mahal. Itu juga antara satu sebab mengapa collector mula beralih kepada trend ini.


Wfftor menujukkan cara mudah untuk memperagakan kad kereta 

Plastic case yang jarang terdapat di Malaysia dan kalau adapun harganya dilonjak tinggi!!!!

Konklusi peribadi


Bagi saya, Jujur saya katakan bahawa saya mula mengikuti trend menyimpan kereta dalam pembungkus asalnya bermula sejak tahun 2006 dan model pertama yang masih tersimpan dalam pakej asalnya adalah Chevy Impala (Dropstars) edition. Saya lebih rasa selesa menggumpul kereta bersama pakej bungkusan asalnya kerana ianya meruapakan satu memori buat saya, Jika saya mempunyai duit yang lebih maka saya juga akan membeli kereta yang sama, satu disimpan dan satu lagi dibuka pembungkusnya. 




Anda pula bagaimana?