![]() |
Nilai collectible yang sangat tinggi |
Alangkah baiknya kalau Lesney Matchbox masih mendominasi pasaran diecast seperti mana dalam tahun-tahun 1950-1980an
Hot Wheels bukannya apa, OK juga tapi target pasaran mereka atau segmentasi pasaran model diecast ini disasarkan kepada budak-budak dan bukannya golongan dewasa. Tapi jangan silap, apa yang saya perkatakan ini mungkin akan mengundang perasaan amarah sesetengah penggumpul. Ya, Hotwheels juga ada mengeluarkan siri-siri untuk para penggumpul iaitu Redline, Real Riders, HW Retro Entertainment dan beberapa siri-siri untuk memoribila expo. Namun HW Mainline, ya yang selalu berjual di supermaket Giant tu yang harganya RM6.00 ke 9.00 menampilkan barisan kereta-kereta yang terlalu banyak fantasinya dan klau adapun kereta real, cat (tampo) nya terlalu berselerak sehinggakan nilai "real" kepada kereta itu hilang terus menerus.
![]() |
Kereta Alien |
Real Riders?
Barisan produk Real Riders oleh HW ini bukannya memfokuskan terhadap diecast itu secara detail tetapi hanya memfokuskan kepada tayar yang menggunakan material getah seperti dalam tayar sebenar, Kenapa? sebab HW ini dikhaskan untuk berlumba di trek-trek yang direka oleh HW. dan untuk menghampakan keadaan, Real Riders juga dipenuhi oleh kereta-kereta bersifat over modofication dan phantasm.
Jangan salahkan Hot Wheels sebab produk mainline mereka memang disasarkan kepada kanak-kanak.
Selera kanak-kanak pada zaman ini amatlah berbeza jika kita telusuri pada tahun-tahun 1950an dimana bermulanya era Dinky, Corgi, dan lagenda Lesney. Pada zaman itu tidak banyak modifikasi pada kenderaan berlaku dan warnanya pula adalah sama dengan kereta sebenar. (Mungkin juga untuk mengurangkan kos pengeluaran). Tambahan pula diecast yang mereka hasilkan ini menggunakan besi tempa yang berat dan berkualiti kerana pada zaman itu belum ada standard piawaian keselamatan mainan seperti sekarang, mereka bebas menggunakan besi atau cat walaupun kadang-kala ianya amat memudaratkan kesihatan kanak-kanak tersebut.
Pada masa kini pula, Selera dan Stail kanak-kanak amatlah berbeza, mereka inginkan warna yang terang dan berapi-api, modifikasi eksos atau skirting yang melampau dan mereka membayangkan kereta-kereta yang bercirikan fanstasi dan futuristik. Semua faktor ini didorong oleh kemajuan teknologikal dan perkembangan minda kanak-kanak tersebut.
Dan di sinilah Hot Wheels Mainline collection terpaksa mengikut selera, trending masa kini kanak-kanak untuk menaikkan angka penjualan mereka.
![]() |
Untuk kanak-kanak |
Prinsip saya masih teguh dalam menggumupul diecast semenjak tahun 1995 dimana saya hanya akan menggumupul kereta diecast yang sebenar (real look car) dan seboleh-bolehnya menghindari dari menggumpul diecast bersifat fantasi dan alien.
![]() |
ada juga HW Mainline yang mempunyai diecast real car seperti Shelby Cobra ini |
Anda pula bagaimana?
No comments:
Post a Comment