Saturday, 12 March 2016

High Speed Toyota Crown 11th Generation (1:43 Scale)

Dalam posting kali ini saya akan menampilkan model Toyota Crown generasi ke-11 (1999-2003) oleh High Speed Diecast yang berpangkalan di Hong-kong. Kereta ini saya dapatkan atas belian online dengan hanya berharga MYR 17.00.

Detail dan kemasan yang terdapat pada model ini amat serasi dengan harga yang ditawarkan namun kepada penggemar diecast berskala 1:43 ini, model-model buatan High Speed ini janganlah disalah anggap sama dengan model-model knock-off cheap daripada kilang-kilang somewhere in China. Sejujurnya saya katakan, model ini juga amat detail dan kemas jika dibandingkan dengan model lain seperti NewRay yang ummmm..... no komen.

Jadi saksikan sendiri model Toyota Crown daripada High Speed. 

Video Youtube:













Thursday, 10 March 2016

Update bulan Februari 2016


Sebulan selepas kemunduran total pada bulan Januari lalu, dalam bulan Februari koleksi saya bertambah secara mendadak sebanyak 21 buah. Hasil daripada belian online dengan Hotwheels Malaya, Fred Tanak Kaampung dan saudara Tapak Sulaiman. Juga saya telah berjaya (pecah prinsip sudah ni) memenangi beberapa bidaan daripada Mr. Parin Thug Life. Hahaha... Jadi saksikanlah beberapa model kereta yang sempat saya tangkap gambarnya.