Good Job RMZ..
Pertama kalinya sebuah syarikat pengeluar mainan bukan daripada Eropah, atau UK, atau USA mengeluarkan kit model skala diorama, kali ini giliran Uni Fortune Industry daripada Hong Kong, China pula memperagakan model kit diorama terbaru mereka dalam barisan jenama RMZ CITY Inno Diorama.
Okay mulanya pada pandangan personal saya, mungkin model kit ini terlihat sedikit kartun dengan kualiti pembuatan yang amat teruk namun jangkaan saya amat meleset jauh... jauh sehingga ke planet Pluto kerana kualitinya boleh disamakan dengan beberapa pembuat diorama yang terkenal, dan lebih baik lagi ianya terletak dalam julat harga yang mampu dimiliki oleh para kolektorista dalam budget singkat. Bukan itu sahaja, dengan setiap pembelian kita diorama ini, anda juga akan mendapat sebuah kereta dalam skala 1/64 disertakan bersama, Bargain bukan?
Pendapat saya, diorama ini dikhususkan buat para seasonal hobbyist, penggumpul kereta pada tahap bajet ketat dan penggumpul Newbies, kenapa? sebab harganya mampu milik dan design nya tidak memeningkan kepala. Okaylah buat pedoman anda semua saya sertakan pro dan kontra berkenaan diorama ini.
PRO
1. Harga mampu milik
2. Kualiti OK
3. Mudah dipasang, disertakan bersama dengan aksesori tambahan
4. Percuma Kereta
5. Bersifat modular, boleh dicantum-cantumkan bersama diorama dalam satu varian untuk membentuk greater city.
6. Banyak pilihan diorama, ada cafe house, bakery store, bookstore dan banyak lagi.
CONTRA
1. Kurang kreativiti untuk custom design kerana semua design sama mengikut kit.
2. Kurang real berbanding dengan diorama-diorama jenama yang popular.
3. Kurang seleksi warna, terikat pada satu jenis warna sahaja.
Mungkin RMZ City perlu menimbang untuk menembusi pasaran di Malaysia dengan menjual model-model mereka di pasaraya-pasaraya lokal di seluruh Malaysia. Sebab kualiti diecast daripada RMZ ini seriously NOT BAD!
Aksesori yang disertakan bersama |
Pandangan dalaman Diorama |