Friday, 25 September 2015

HW Haul Day at Toys r'us Mid Valley Megamall Kuala Lumpur

24 September 2015

Obviously memang gondola ini dah kena pilih. Collector dah rembat semua kereta real dan yang tinggal hanyalah kereta fantasy sahaja. Memang tak ada nasib la. 




Tak apa, Hunting lagi ke kedai yang lain... 

Corgi Juniors. Lotus Europa & E Type Jaguar

Bagi penggemar diecast Vintage, Nama Lesney Matchbox dan Dinky memang tak asing lagi buat para penggumpul, namun rentetan daripada kejayaan industri kereta diecast di England pada abad ke 50an, Corgi Juniors dari jenama Husky kepunyaan Mettoy Playcraft juga tidak kurang hebatnya dengan matchbox dan Dinky Toys. Berkenaan dengan sejarah akan saya ulas dalam artikel yang lainnya. 



Kedua-dua Blister pack ini bertarikh dari tahun 1973, mungkin tarikh pengeluarannya (Production date) dan bukan tarikh acuan (castings) kerana berlainan dengan Hotwheels, tarikh acuan dibuat tidak di-stamp ke base kereta bahkan ianya ditulis pada blister pack tersebut. 



Blister pack yang saya perolehi ini juga bukanlah dalam "mint-condition" berikutan usianya sudah hampir mencecah 42 tahun. Yeah empat puluh dua tahun! dan sedikit kesan dimamah anai-anai dapat dikesan. Namun dalam kondisi masih berada dalam blister pack, memang sangat rare lah. 



Diecast ini mempunyai all metal body termasuklah dasar (base) kereta tersebut. Kedua-dua menampilkan 'hood' yang boleh dibuka menampakkan enjin kereta tersebut. Pada Lotus Europa, Ejin kereta dicat dengan warna silver, manakala dalam kereta E-Type jaguar ini pula warna enjin dicat sama dengan warna badan kereta tersebut. Agak mengecewakan. Acuan yang digunakan agak realistik pada zamannya dan perlu di ingat bahawa kereta diecast Corgi Junior dijual pada harga yang lebih rendah berbanding Lesney Matchbox. 

Jom lihat diecast corgi juniors dari tahun 1973 ini.